Saturday, April 28, 2012

Confession, of a broken heart

Bismillah,


Subahanallah, hebat sungguh cinta Nabi Muhammad SAW ke atas kita dan keluarga baginda. Betapa baginda ingin melindungi kita, ingin menyelamatkan kita daripada azab api neraka. Rasa nak menangis bila baca biografi Rasulullah tu. Tapi, dalam masa yang sama, seronok jugak baca kisah Rasulullah dengan Saidatina Khadijah. Not to mention, Saidatina Fatimah dan Saidina Ali

SWEET SANGAT.

Harap dapat berjumpa dengan lelaki sehebat dan seromantik macam baginda dan Saidina Ali.

Awak,

Saya tahu, awak tak pernah sukakan saya. Saya mintak maaf sebab saya rasa saya cuba paksa awak untuk sukakan saya. Saya minta maaf. Saya geram. Saya tak faham kenapa awak selalu nampak orang di sebelah saya, tapi bukannya saya. Lepas apa yang awak buat pada saya hari tu, baru saya sedar, bahawa awak tidak akan pernah sukakan saya. Jujur saya cakap, hati saya sangat terluka. Saya terpaksa hadapinya lagi. Tapi, saya takkan menangis, sebab saya takut, awak akan mendapat dosa kerana buat saya menangis, sedangkan, itu adalah kesalahan saya sebab menyukai awak. Saya sentiasa berharap awak akan menghubungi saya seperti biasa, tapi, saya tidak mahu membuang masa menunggu awak. Saya tak sanggup. Jadi, sukalah siapa pun yang berjaya menambat hati awak. Saya tidak akan ambil tahu. Semoga awak bahagia, AKEEF.

No comments:

Post a Comment