Jangan gunakan alasan tidak pernah bercinta untuk menjatuhkan aku.
Memang aku tak pernah bercinta, tapi aku hidup dengan persekitaran orang bercinta.
Aku tak perlukan pengalaman bercinta untuk memberi nasihat kepada mereka yang memerlukan.
Penglihatan aku, pengalaman orang, sudah cukup memadai untuk aku memahami suasana bercinta.
Jangan sesekali kau iktiraf aku budak kecil yang tidak tahu dunia percintaan.
Sikap aku, ya, tidak dinafikan, kebudak budakan, tapi aku masih rasional dengan persekitaran aku.
Aku bukan kanak-kanak.
Aku sudah dewasa.
Aku beri nasihat, hanya untuk melindungi dan mengelakkan kau dari maksiat.
Bukannya menghalang atau memutuskan hubungan.
Jangan kau bidas nasihat aku dengan alasan aku tidak pernah bercinta.
Tidak semua perkara memerlukan pengalaman bercinta untuk memahami sesuatu situasi.
Rasional, dan berfikiran secara terbuka juga banyak mengajar aku untuk memberi nasihat dan dalam masa yang sama, aku mengingatkan diriku sendiri.
Aku tak bodoh.
Aku mungkin cemerlang dalam akedemik, tapi aku juga mampu berfikir secara logik.
Menipu kalau aku katakan, aku tak mahu bercinta. Aku mahu.
Tapi, aku tak mahu sebuah percintaan yang boleh mengaburi mata aku dan menjauhkan aku dari orang yang aku sayang, terutama yang sudah berada dekat dengan aku sejak aku lahir ke dunia.
Hentikan andaian kau.
Aku cukup benci orang yang memandang serong pada orang yang tidak pernah bercinta.
Aku ada perasaan.
Dan aku benci dipandang rendah, hanya kerana aku tidak pernah bercinta.
Ini semua bodoh. Hentikan.
No comments:
Post a Comment